Tuesday, October 17, 2017

Masak Lemak Keli Salai bersama Daun Kaduk...




Sedap jugak bila masak lemak ikan cmni letak daun kaduk..lain kali boleh la letak lagi,hihihi









RESEPI MASAK LEMAK IKAN KELI SALAI BERSAMA DAUN KADUK

Bhn2:

4 ekor ikan keli - bersihkan dan panggang sehingga masak
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
7 biji cili api *
1 btang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
Santan dr sebiji kelapa
Garam, perasa
1 keping asam keeping

Daun kaduk - hiris halus


- mesin semua bhn bertanda * hingga halus..
- masukkan kedlm periuk bersama asam keping, serai serta daun kunyit, masak dgn api sederhana hingga mendidih..
- masukkan garam dan perasa ..
- akhir sekali masukkan ikan yg telah dipanggang td..
- kacau biar sebati kuah dgn ikan td..
- tutup api dan sedia dihidang..

Bubur Jagung, Durian dan Nangka...




Bubur jagung resepi turun temurun dr arwah ma ni mmg dah menjadi fav family Liza..tiap kali buat bubur jagung ni tak pernah tak habis..
Kali ni liza tambahkan isi nangka kat dlm tu sbb nak habiskan stok,hihihi
Jagung tu pulak Liza gunakan jagung susu yg beli kat Cameron Highland hari tu sbb tu isi jagung tu nampak putih je..










RESEPI BUBUR JAGUNG DURIAN BERSAGU
Bhn2:



5 tongkol jagung - ambil isi ( kalau nk guna isi jagungyg ready made pun blh,Aiman xkisah)
5 ulas durian / lebih
Segenggam beras pulut - basuh bersih( kali ni Liza guna sagu)

Beberapa ulas isi nangka - Liza tambah kali ni
1 biji kelapa- ambil santan
Gula secukup rasa
Sdkt garam - utk bg rasa lemak
Daun pandan

- rebus isi jagung hingga masak dan lembut.
- masukkan semua bhn ke dlm periuk jagung td dan masak.
- bila pulut dah masak, tutup api.
- dah pun siap...wallllaaaa

Roti Sardin..Siappp






Masih setia dgn resepi roti canai yg ni, dah banyak kali Liza buat dan hasilnya mmg memuaskan hati..
Bila adik minta buatkan roti canai milo, maka bermulalah tarik menarik doh atas dulang,hihiihi
Tapi yg versi sardin ni mestilah utk umi, sedapp n lembut doh roti ni









RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE


Bhn2:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak


Cara-cara

  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)
  • Tinggalkan selama 2 jam.
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.


PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais


Pulut Mangga ala Thai...





Assalamualaikum wbt...pulut mangga ni Liza buat masa abg cuti ari tu, sbb dah lama dia request..Alhamdulillah bertambah2 dia makan

Resepi utk pulut n kuah santan tu sama je dgn resepi pulut dgn kastad telur yg Liza buat tempohari..
Sepatutnya atas pulut tu tabor bijan masa hidang, tapi Liza tak buat sbb malas,hihihi









RESEPI PULUT MANGGA ALA THAI




Bahan-bahan untuk pulut :
 
  • 400 gram beras pulut, rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2-3 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan / daun pisang
  • 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
 
 
Bahan untuk kuah santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pulut:
  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga / egg custard dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah mangga dan pulut. Angkat dan sejukkan.
  3. Hidangkan  bersama pulut, mangga masak dan taburkan bijan ..

 

Monday, October 9, 2017

Somtam / Kerabu Betik ala Thai...


Intai resepi dr dapo Lina, sedap n berbaloi mencuba...katanya resepi asal dr Maz Bahrain, lama sgt tak dgr khabar Maz..harap2 Maz n family sentiasa di dlm lindungan Allah swt...Aamiin

Thanx utk kedua2nya ye,akan buat lagi guna resepi ni...sedapp




 
 


RESEPI KERABU BETIK MUDA@SOM TAM

 Bahan2:

1 mangkuk betik muda yang disagat panjang
1 biji limau nipis - amik jusnya
1 biji tomato (hiris halus)
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai )
Sos ikan(fish sauce)
Perasa (jika suka)
kangkung dan kacang panjang
sedikit kacang tanah yang digoreng 
sedikit udang kering thai (warna oren tu)


Cara2 :

Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili. Masukkan tomato (tomato ni LiNa Pg hiris dan masukkan kemudian bersama betik sagat)gesek lembut je, Masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sesuaikan rasa, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam. Dalam mangkuk lain satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang (LiNa Pg simpan sebentar dalam peti sejuk supaya rasa masam,manis, masin mesra kemudian barulah dihidang)


Chicken Quesadilla...




 
 
 
Walaupun nama yg berbeza, tapi basic dia sama je..semuanya dr tortilla..kalau selalu Liza buat wrap atau gulung tapi kali ni Liza buat versi cmni yg org panggil quesadilla
 
Nak letak lauk apa pun terpulang pada citarasa, kali ni Liza ltk lauk yg mmg selalu Liza buat mcm kat bawah

 
 





RESEPI TORTILLA GULUNG AYAM BERKEJU / QUESADILLA
Bhn2:

Beberapa keping roti tortilla readymade -kali ni guna tortilla SD homemade
Lebihan ayam goreng ( ayam bakar pun boleh)- potong kecil
Mayonis
Timun - potong kecil
Tomato - potong kecil
Cheddar cheese secukupnya

- masukkan ayam, timun dan tomato hiris ke dlm mangkuk dan gaulkan dgn mayonis secukupnya..
- ambil sekeping tortilla dan letakkan sekeping keju dan inti td di atasnya, ..
- gulung tortilla tersebut dan buat sehingga habis..
- panaskan pan dan bakar tortilla sekejap hingga keju cair..
- sedia dihidang ...

Kalau nak letak sikit sos thai pun boleh, lagi ummmppphh..

Kuih Sagu / Bronok...



Dah lama sangat tak buat kuih ni..masa abg cuti sem baru2 ni, sempat lah teringat nk buat kuih ni sbb ni fav abg, abg cakap dah lama tak makan kuih ni,hihihi









RESEPI KUIH SAGU AKA BRONOK

Bhn2:

150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam


Cara Memasak:-


Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...