Wednesday, February 22, 2012

Kuih Bom aka Kuih Bijan....

Mari dekat, mari dekat, jgn takut yea,kuih ni tak meletop....muahahaa..act kan Liza pun takut jugak tiap kali grg kuih ni..mana tau kang tak pasal2 kebabooommm....hihihii..tp kan nasib baik la Cheq Sue sudi berkongsi tips utk dapat gorengan kuih yg sempurna dan cantik....


Cantik tak? boleh la kan, janji tak meletop....ekekekekeke, jom kita cilok resepi dr Cheq Sue pulak...terima kasih daun keladi ye cikgu....

RESEPI KUIH BOM aka KUIH BIJAN

Bhn2: (10-11 biji)

50-60gm bijan
Minyak utk mengoreng

Bahan-bahan doh:

200-240gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
190-200ml air
Sedikit garam

Bahan-bahan inti kelapa: Liza guna inti kacang merah

60g gula melaka/gula merah
20g gula pasir
50ml air
1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

- Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
- Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
- Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
- Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
- Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
- Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
- Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan




Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:

1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

5 comments:

myda_ahmad said...

dh bertahun2 tak mkn kuih nie,lain kali nk try wtlah...

Liza said...

sudi2kanlah mencuba yer myda...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Liza,kak ros suka kuih muih traditional.tapi jarang buat sebab kaum kerabat kat rumah ni tak pandai makan.Kalau buat berbuih la mulut makan sorang2.kak ros ambik sebiji ya.

Melly Octaviana said...

Kak Liza.. masih ada kah kue bom nya.. nasib baik tak meledak yah bom nya.. hehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Liza..sedap kuih ni,,saya sukaaa tapi setakat ni selalu beli jee pasal tak confiden nak wat sendiri..

Tanya siket boleh..Pasal kuih ni buat dari tpg pulut, dia liat tak nanti...?Bukan apa, saya pernah cuba resipi yang guna tpg pulut..hasilnya sedeyyyyy sgt...bila sejuk jeee jadi liat..sampaikan buat kuih yg aduanannya tpg gandum dan hanya tambah 1 sb je tpg pulut pun jadi liat juga kuih tu..Ada petua ke utk elakkan kuih tu liat? Kata org terlebih uli pun kuih boleh jadi liat yaaa...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...