Friday, March 30, 2012

Roti Putih Madu Harum Vanila....


Kalau buat macam roti gardenia pun sedap sbb roti ni lembut sgt...tp Liza tambahkan inti dlm roti tu, yer la kan nk tambat hati anak2 ngn mak anak sekali utk makan....hihihihihii

Sekali lg Liza amik resepi roti ni dr dapur Ros...terima kasih bebanyak yer Ros...pekabar agaknya Ros n family sekarang kan,akk doakan segala kesulitan akan dipermudahkan  dan semoga Ros tabah menghadapi apa jua dugaan....

Jom la kita tgk resepi yer...

yg ni inti kacang merah...i likeeeee

yg ni inti nutella..




RESEPI ROTI PUTIH MADU HARUM VANILA

Bhn2:
kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
4 sudu besar water roux
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


2 comments:

ijayuji said...

Salam kak liza, kita dtg lagi niii, nak rotiiiii jugak!!! ehehe.. penat betul kita ari niii, lunch tak makan pastu mlm mkn karipap jerr :D malas betul nak makan arini sbb dah terlambat makan :D

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haii.. yg sorang buat roti, yg sorang buat karipap, sy tukang tengok dan telan air liur, hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...