Saturday, May 5, 2012

Swiss Roll Chocolate....


Jumpa resepi ni kat fp Mamafami, dah lama simpan resepi ni tp tak berani nak buat, takut tak jadi....hihihihi

Jom lah kita tgk resepi ye, thnx Mamafami...

RESEPI SWISS ROLL CHOCOLATE

Bhn2:

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko
butter icing secukupnya - Liza guna fresh cream

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang - Liza skip step ni..
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.

4 comments:

Wani Sukarno said...

salam kak liza .. wah kak liza berjaya akhirnya wat ... wani pun x pernah nak menery lagikkk hihi takut .. tapi tengok kat ctu pukul semua termasuk tepung sekali ke ... mcm tu ke .. biasa tepung last sekali kita masukkan kan..

Liza said...

akk masuk last sekali jugak, pastu kaup balik perlahan2 jer...takut xjd....hihihihhi

Nuwairani said...

bestnye! nani tak pernah try buat swiss roll. memang takuttttt

Yana Shaiful said...

bestnya klu dpt bt sndiri swiss roll ni..biasa beli jer..mkn cpt jer abis hehee..xde keberanian lg nk try bt sndiri ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...