Tuesday, January 13, 2015

Custard Purin....



Assalamualaikum wbt...semalam agak kelam kabut sikit sebab sesi persekolahan dah bermula...anak2 dara Liza pun semua dah sekolah tahun ni, jadi agak sunyi jugak la nak tunggu diaorang balik tengahari nnt...mula2 ni rasa mcm mati kutu je, tak tau nak buat apa...hihihi


Berbalik pada menu ni, Liza buat utk makan petang semalam, senang n yang penting sedap...hubby ngn anak2 siap tanya nama menu ni, mmmm, faham2 je la..maknanya akan ada siaran ulangan la utk menu ni...hubby siap cakap, macam makan kat hotel pulak...hihii



Terima kasih yg tak terhingga pada Ika yg dok Jepun tu sbb kan resepi ni dr fb Ika ( Siti Khadijah Ab Rahman)...akk  mohon share kat sini pulak ye Ika...tq

RESEPI CUSTARD PURIN

Bhn2:
1 cwn (240ml) fresh milk + 20ml fresh cream
3 biji telur size M
3 sb gula
1/2 sk essense vanilla

Cara2

Panaskan pengukus dahulu.
Dlm mangkuk pukul telo dgn gula sampai sebati. Masukkan susu+fresh cream, gaul dgn whisk sampai sebati dan masukkan essense vanilla kacau rata. Tapis adunan di atas. Tuangkan adunan dlm remekin atau bekas tahan panas. Bila air kukusan dah mendidih kecikkan api sederhana JANGAN bukak api besar. Kukus adunan td 10 minit setkan masa dan matikan api serta biarkan adunan td dlm pengukus 10 minit lg dgn keadaan api tertutup. Kuarkan dan biarkan adunan dlm suhu bilik baru masukkan dlm fridge.


Utk sos caramel- Liza xbuat

3 sb air
2 sb gula
1 1/2 sb air utk masukkan last sekali

Cara2

Masukkan 3 sb air dan gula dan masak sampai berbuih, proses ni ambik masa sikit utk hanguskan dia, lepas dah perang2 jgn angus sgt, masukkan air yg last td 1 1/2 sb perlahan lahan gaul sekejap dgn whisk n matikan api. Sejukkan sekejap n boleh tuang karemel atas puding yg dah disejukkan td dan jika karamel agak keras boleh tambahkan air n panaskan sekejap. Siapp.


Kali ni Liza skip sos caramel sbb Liza makan dgn sos butterscotch, mmg yummy...




Utk permulaan ni Liza cuma buat satu adunan sahaja, mmg ngam2 je, lainkali mmg kena double adunan sbb semua suka....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...