Akhirnya Liza jumpa jugak dgn resepi tomyam yg betul2 memikat selera Liza,alhamdulillah..resepi ni Liza dapat dr SINI, tq ye mama Qaireen...jom semak resepi kat bawah ye
RESEPI TOMYAM AYAM PEKAT ALA THAI YG SEDAP
Bahan A – Kisar
4 biji bawang merah1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)
Bahan B
1/4 ekor ayam – potong kecil21 biji bawang besar – hiris
2 -3sudu perencah tomyam - nk masukkan lebih pun blh
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
4 helai daun limau purut
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air secukupnya utk kuah
garam & gula
Cara – Cara :
- Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
- Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
- Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
- Siap untuk dimakan.
2 comments:
Sebenarnya nak lagi sedap pastikan guna chicken/beef/udang stock..air dlm resepi ni sepatutnya ditukar jadi stock ayam atau daginh atau udang..tu rahsia sebenar.
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian tu rose,liza dah cuba buat guna stok ayam, mmg sedap sgt...tq ye
Post a Comment