Wednesday, May 18, 2016

Udang Masak Masala....




Petang tadi keluarkan udang dr freezer tapi tak tau lagi nak masak apa...so jumpalah pakcik Google..Alhamdulillah ni lah jawapan yg pakcik Google bagi...memang berbaloi2, berbintang2 family Liza bagi..tak abis2 diaorang puji, kembang kempis hidungku...hihihi

Ni resepi yg Liza amik dr dapur ayahanda Mamak Haji, terima kasih sbb lauk ni mmg best sgt2...


RESEPI UDANG MASAK MASALA

Bhn2:

1 kg udang besar
3 biji bawang besar - di hiris

3 biji bawang besar - dikisar halus
1 inci halia  + 6 ulas bawang putih  - dikisar halus.
4 sudu besar rempah kari Ikan Baba's
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak semestinya) - xletak
2 ranting daun kari
6 - 7 sudu besar minyak masak
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa







CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang.Gunting sesengut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya.Peramkan udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit.

2. Panaskan minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dang campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.

3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.





 
 
 
* Udang yang masak terlalu lama akan mengecut dan kemanisan semulajadi udang akan hilang. Masa masakan Udang adalah amat mustahak. Udang yang besar selalunya dimasak 7-8 minit dan 3-6 minit untuk udang yang sederhana besar.Adalah mustahak tentukan kelikatan kuah sebelum memasukan udang ; dengan ini kuah bersama udang tidak perlu masak terlalu lama.*
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...