Tuesday, September 13, 2016

Cucur Cendawan di Petang Raya...








Assalamualaikum wbt...hari ni merupakan hari raya kedua Aidiladha...mst ramai yg buat kenduri ari ni kan, ye la dgg korban pun banyak...macam Liza ni pun, ada la jiran bg dgg korban sikit, Alhamdulillah dapat juga merasa walau xbalik kampong...

Ni citer ptg semalam, cucur cendawan...bila abang xblk raya n angah pun ada tuisyen, maka umi pun malas la nk masak2...sebab tu la terjadinya cucur cendawan di ptg raya...hihii




RESEPI CUCUR CENDAWAN
Bhn2:


2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda
Cendawan tiram yg kecil - ikut suka la nk ltk bnyk mana pun
1 cawan daun kucai - cincang
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit / sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1/2 cawan air panas thermos
1 1/2 cawan air biasa

 
Cara cara:

Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan digaul rata.

Masukkan air panas dan diikuti air sejuk sedikit sedikit ke dalam tepung sambil dikacau rata, gaul hingga betul betul sebati dan likat. Lebih sedap jika adunan dibiarkan dulu dalam 30 minit sebelum digoreng. 

Panaskan minyak dalam dalam kuali dan sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.


Hidang panas panas dengan sos dan mayonnaise atau dimakan begitu sahaja. 


* kalau nk masukkan udang kecik2 tu pun blh, lagi sedap kot*






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...