Thursday, June 1, 2017

Kuih Keria Lembut..




Setiap kali nk buat keria atau cek mek ataupun cucur badak, mmg resepi ni lah yg Liza gunakan dr dulu..mmg menepati tekak kami sekeluarga sbb mmg lembut walaupun dah sejuk
Tak perlu baking powder mahupun yis, resepi ni Liza dapat dr srg kkk yg meniaga kat Setapak tak lama dulu...terima kasih kak Peah, semoga akk n family sentiasa dimurahkan rzeki dan dilindungi Allah swt..Aamiin






RESEPI KUIH KERIA LEMBUT

Bhn2:


500 gm keledek putih/kuning
1 cawan tepung gandum

1 s/b tepung ubi - Liza tambah
1 s/b marjerin - Liza tambah
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sira Kuih
1 cawan gula-
1/2 cawan air



Cara-Caranya

  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan kedua2 serta marjerin dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

2 comments:

Norlaili A Wahab said...

Terima kasih resepi ni. Akak nak pegi cari keledek lah nampaknya :)

Sue Norrman said...

Salam Ramadhan Liza...
Belum berkesempatan lagi sue nak buat kuih ni. Insyallah nak buat juga nanti. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...