Thursday, December 7, 2017

Country Sourdough Bread...



Buat lagi roti ni, walaupun doh agak lembik dan susah handle, tapi lepas bake roti ni mmg lembut n sedap..
Kali ni Liza cicah dgn kari ayam..








COUNTRY SOURDOUGH BREAD ( HEALTHY SEED)


 
Bhn2:


A

150gm active starter
175gm air
200gm tepung roti
50gm tepung rye
1 s/k  garam
10gm madu / brown sugar

B:

1 s/b black sesame seed
1 s/b chia seed

2 s/b air

- campurkan air dgn black seed dan rehatkan selama 1/2 jam



Cara:


1. Gaulkan semua bhn KECUALI garam dan healthy seeds, gaul kasar dan tutup dgn tuala lembap..rehatkan ( autolyse ) selama 1/2 jam


2. Garam dan healthy seeds dicampur selepas adunan direhatkan ..gaul garam dan seeds dgn tangan hingga semuanya mesra


3. Strecth n fold setiap 30 minit dalam tempoh 2 jam - ( S&F )


4. Proofing yg pertama di suhu bilik hingga naik sekali ganda  -  ( Bulk Fermentation )


5. Keluarkan dr mangkuk dan tekan lembut, bentukkan bulat dan rehatkan sebentar dalam 20 minit di atas papan pencanai - ( Bench Rest )
6. Bentukkan semula doh mengikut bentuk yg disukai samada bulat atau lonjong - ( Final Shape )


7. Masukkan doh td dlm banetton basket dan tutup dgn plastic wrap, biar doh naik 2 kali ganda


8. Panaskan oven pada suhu 220C selama 30 minit, keluarkan doh dr banetton basket , buat torehan dgn pisau di atas doh


9. Bakar selama 20 minit pada suhu 220C dan turunkan suhu ke 200C dan bakar lagi selama 20 - 30  minit.



* Sekiranya menggunakan Dutch Oven, bakar pada suhu 220C selama 20  minit dgn penutup dan selepas itu buka penutup dan turunkan suhu kepada 200C dan bakar lagi selama 20 - 30 minit.




1 comment:

Wani Sukarno said...

Pandainyaaa uli rotiii .. nampak lembut jerrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...